Kumpulan Usahawan Tani Muda di Mukim Pulau Tiga, Kg Gajah Perak bersedia memulakan sektor pertanian yang berasaskan teknologi pintar atau smart farming menjelang akhir tahun ini
Menurut Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (IGROW), Nordin Abdul Malek, kaedah berkenaan dijangka bakal meningkatkan hasil tuaian kumpulan berkenaan sebanyak 30 peratus menerusi langkah mengoptimumkan produktiviti dan kualiti hasil tanaman dengan saiz tanah yang terhad.